LPP mohon RM7 juta, saguhati kepada pesawah terjejas banjir

LPP mohon RM7 juta, saguhati kepada pesawah terjejas banjir

DATUK MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memohon peruntukan hampir RM7 juta daripada kerajaan sebagai saguhati untuk diagihkan kepada pesawah yang mengalami kerugian selepas tanaman padi mereka tenggelam akibat banjir, bulan lepas.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, menurut data permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan Pertanian negeri mendapati, kerosakan tersebut melibatkan kawasan seluas 1,461 hektar dengan 767 pesawah di 13 pertubuhan peladang kawasan (PPK).

“Itu yang kita mohon dan harap dapat disegerakan peruntukan untuk sampai balik kepada kita sebelum diserahkan kepada petani terlibat. Ia bagi  membolehkan mereka memulakan tanaman pada musim baharu.

“Ini kerana, mereka kehilangan pendapatan dan keuntungan. Saya harap disalurkan sesegera mungkin sebab banjir baru ini agak besar dan kerugian agak teruk. Padi hampir nak tuai dan petani tidak dapat apa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (Kemarau) dan Penyerahan Peruntukan RMK-12 RP4 Program Ladang Benih Padi di sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, LPP Kedah juga menyalurkan bantuan awal berupa bakul makanan kepada semua mangsa sebanyak RM190,000 melibatkan hampir 1,000 penerima. 

Dalam perkembangan lain katanya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan melalui Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM1.29 juta kepada 887 pesawah melibatkan 1,649 hektar di kawasan luar jelapang.

“Bantuan kali ini diberikan kepada pesawah-pesawah yang merupakan ahli-ahli Peladang di lapan PPK iaitu PPK Langkawi; Pendang Selatan; Kubur Panjang, Gurun, Pokok Sena, Kuala Nerang, Naka dan PPK Asun yang mana tanaman padi mereka terjejas akibat kemarau yang berlaku di Kedah pada Januari lepas,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya