Lori hilang kawalan punca lima nyawa melayang di Gua Musang

Lori hilang kawalan punca lima nyawa melayang di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kemalangan maut mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 85, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands di sini semalam dipercayai berpunca daripada masalah lori yang hilang kawalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, siasatan awal mendapati lori membawa batu itu dipandu G. Mageswaran, 53, yang melalui selekoh terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, insiden tersebut menyebabkan Perodua Myvi terjatuh dan terbalik ke dalam gaung.

Menurut beliau, semasa kejadian lori yang dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dari arah Cameron Highlands menghala ke arah Lojing.

“Ketika melalui selekoh itu secara tiba-tiba lori berkenaan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Dalam masa sama lori berkenaan bertembung dengan Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan terbabit jatuh ke dalam gaung dan lori terbalik di atas jalan di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pelanggaran itu menyebabkan pemandu kedua-dua kenderaan terlibat serta tiga lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, mayat kesemua mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Terdahulu, hajat sebuah keluarga bercuti bersama ahli keluarga lain ke Cameron Highlands, Pahang tidak kesampaian selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.

Mangsa tiga beranak, Mohd Junaizi Jusoh, 48, Shazwani Ismail, 39, Muhammad Fakrul Danish, 18, dan seorang lagi mangsa, adik kepada Shazwani, Farhana Ismail, 35, maut selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya