LKAN: Petroleum paling tinggi daripada keseluruhan subsidi

LKAN: Petroleum paling tinggi daripada keseluruhan subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbelanjaan bagi subsidi produk petroleum adalah  yang tertinggi daripada keseluruhan perbelanjaan subsidi dikenakan kepada perbelanjaan atau Vot Mengurus tahun lalu.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2023, kerajaan membelanjakan sebanyak RM34.546 bilion atau 70.2 peratus bagi pemberian subsidi produk tersebut daripada keseluruhan RM49.190 bilion.

“Ia membabitkan produk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) yang dibekalkan 16 syarikat pengeluar bagi tuntutan Januari hingga November 2023.

“Perbelanjaan terbabit menurun RM10.638 bilion atau 23.5 peratus berbanding 2022 yang berjumlah RM45.184 bilion. Ia disebabkan harga purata produk petroleum satu tong di pasaran dunia AS$82.60 berbanding AS$99.80 pada 2022,” katanya hari ini.

Berdasarkan jadual dikongsikan dalam LKAN 3/2023, produk petrol mencatatkan perbelanjaan subsidi berjumlah RM18.317 bilion, diikuti diesel (RM13.512 bilion) dan LPG (RM2.717 bilion).

Bagaimanapun, perbelanjaan subsidi keseluruhan yang dikenakan kepada Vot Mengurus bagi 2023 adalah sebanyak RM49.190 bilion, turun 11.3 peratus atau RM6.253 bilion berbanding RM55.443 bilion tahun sebelumnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya