LKAN: Lupus saham Astronautic Technology (M) Sdn.Bhd:Kerajaan rugi 1112.53j

LKAN: Lupus saham Astronautic Technology (M) Sdn.Bhd:Kerajaan rugi 1112.53j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerugian sebanyak RM112.53 juta (RM112,529,000) dicatatkan kerajaan bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn Bhd.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) ) 3/2023, kerugian itu dicatatkan apabila nilai nominal saham berjumlah RM112.53 juta dijual pada harga RM50,000.

“Pelupusan saham berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019.

“Ini kerana tiada keperluan strategik untuk Kerajaan Persekutuan terus memiliki syarikat Astronautic Technology (M) Sdn Bhd dalam agenda memperkasa industri angkasa negara melalui pembangunan satelit penderiaan jauh,” katanya.

Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan pelupusan saham  Astronautic Technology (M) Sdn Bhd pada nilai nominal RM50,000 adalah berdasarkan nilai ‘net present value’ di mana segala aset dan liabiliti syarikat sudah disifarkan.

LKAN 3/2023 turut menyatakan MOF membuat pengurangan modal berbayar Pengurusan Danaharta Nasional Berhad daripada RM1 bilion kepada RM900 juta dan transaksi selesai pada tahun 2023.

Sebagai rekod Astronautic Technology ialah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Syarikat ini membangunkan teknologi angkasa lepas dan satelit yang memfokuskan dalam penyelidikan dan pembangunan yang menggunakan teknologi canggih serta inovatif untuk industri angkasa lepas.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya