LKAN: 3,942 projek pembangunan RMK12 dalam pelaksanaan

LKAN: 3,942 projek pembangunan RMK12 dalam pelaksanaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sebanyak 3,942 projek atau 45.9 peratus daripada 8,593 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sedang dalam pelaksanaan setakat 26 Ogos lalu.

Namun menurut Ketua Audit Negara, sebanyak 169 projek daripada projek yang sedang dalam pelaksanaan menghadapi kelewatan jadual atau sakit (bermasalah).

Sementara itu, 1,434 projek berada di peringkat pasca pelaksanaan; 3,085 projek di peringkat pra pelaksanaan dan 132 projek berstatus batal dan simpan dalam perhatian.

Ia dinyatakan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai penyata kewangan kerajaan persekutuan tahun 2023 yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Justeru, Ketua Audit Negara mengesyorkan agar pemantauan yang lebih rapi dan berterusan serta melaksanakan langkah intervensi dengan segera bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di RMK12 dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir 2025.

“Prestasi keseluruhan projek RMK12 hanya akan dapat diukur pada penghujung  2025. Sehubungan itu, pemantauan projek hendaklah dipertingkatkan bagi mencapai objektif yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 yang dibentangkan di Parlimen pada 11 September 2023, kerajaan memberikan penegasan terhadap usaha mempertingkat kecekapan pelaksanaan dan pemantauan khususnya pelaksanaan strategi dan inisiatif KSP RMK12.

“Prestasi perbelanjaan projek RMK12 dari tahun 2021 hingga 2023 adalah sebanyak RM231.920 bilion melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM222.756 bilion bagi tempoh yang sama. Jumlah ini telah pun mencecah 55.9 peratus daripada jumlah siling peruntukan sebanyak RM415 bilion bagi pelaksanaan projek RMK12,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Audit Negara turut mengemukakan 260 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian/jabatan/agensi serta syarikat kerajaan negeri.

Sebanyak 13 penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya