LKAN: 202 projek ‘sakit’ dikesan

LKAN: 202 projek ‘sakit’ dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Audit Negara mengesan 202 projek yang tidak mengikut jadual atau dikategorikan ‘sakit’ membabitkan 19 daripada 26 kementerian setakat 31 Disember lalu.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, daripada jumlah berkenaan, empat projek menghadapi kelewatan jadual ketika tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) antara 2016 dan 2020 dan satu lagi ketika RMK10 iaitu antara 2011 dan 2015.

Katanya, projek Kementerian Kerja Raya (KKR) bernilai RM142.7 juta yang bermula pada 2016 hingga 2021 membabitkan pembinaan Jalan Libaran Bypass di Sandakan disebabkan jambatan dibina runtuh.

“Disebabkan itu, Lembaga Perolehan KKR memperakukan Arahan Perubahan Kerja bagi kerja pengalihan besi kerangka jambatan atas faktor keselamatan penduduk sekitar dan perakuan itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 29 Ogos lalu.

“Empat lagi projek mempunyai tempoh kelewatan tertinggi yang semuanya dalam RMK11 termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seduan, Sibu, Sarawak (RM99.17 juta); kerja menaik taraf Hospital Beaufort, Sabah (RM32.81 juta); Taman Industri Kecil dan Sederhana SEDCO, Kota Kinabalu Industrial Park, Sepanggar (RM33.84 juta) dan PPR Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah (RM143.10 juta),” katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 hari ini.

Daripada 202 projek ‘sakit’ itu, 72 daripadanya meliputi projek Kementerian Pendidikan (KPM); Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) (24); Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) (220); Kementerian Kesihatan (KKM) (18) serta KKR dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) masing-masing 12 projek setakat 2 Januari lalu.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai lima projek lewat jadual; Jabatan Perdana Menteri (4); tiga masing-masing dari Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) masing-masing mempunyai satu projek lewat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya