Little India mula meriah menjelang sambutan Deepavali

Little India mula meriah menjelang sambutan Deepavali

KAWASAN Little India di Lebuh Pasar, Pulau Pinang mula dipenuhi gerai-gerai yang menjual kelengkapan perayaan Deepavali yang akan disambut hujung bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Menjelang sam­butan Deepavali hujung bulan ini, kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India iaitu di Lebuh Pasar di sini kini semakin bertambah meriah dengan kehadiran pengunjung.

Rata-rata pengunjung yang ditemui memberitahu, mereka membuat persiapan awal untuk menyambut Deepavali kerana tidak mahu bersesak ketika cuti hujung minggu nanti.

Antara kedai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai kuih-muih untuk perayaan serta kedai menjual pakaian seperti sari, lenga, dhoti dan sebagainya.

Menurut seorang peniaga kuih-muih, T. Ravi, 33, orang ramai telah mula membuat persiapan menyambut pesta cahaya dengan membeli kuih muih dari gerainya pada minggu ini.

“Sekarang, gerai saya ma­kin ramai pengunjung. Semua mahu membuat persiapan awal kerana tidak mahu keadaan menjadi sesak di kawasan Little India menjelang cuti hujung minggu nanti.

“Antara kuih muih popular pada waktu Deepavali ialah ladu, bebola minyak sapi (gee ball), kuih suji, kuih batu dan lain-lain,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia juga memilih untuk tidak menaikkan harga kuih terlalu tinggi pada tahun ini walaupun kos barang mentah seperti gula mengalami peningkatan.

“Kuih di kedai saya dijual dengan harga antara 60 sen sebiji hingga 90 sen sebiji. Saya tidak mahu jual dengan harga terlalu tinggi kerana tidak mahu pelanggan terbeban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN