Linda Onn Jaguh ‘kuda besi’ - Utusan Malaysia

Linda Onn Jaguh ‘kuda besi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTIVITI menunggang motosikal berkuasa tinggi sering kali dilihat sebagai hobi lelaki sejati. Namun, siapa sangka, wanita juga ada sisi ‘kejantanannya’ sendiri dalam hobi ini. 

Siapa yang tidak kenal dengan bekas penyampai radio dan hos terkenal, Linda Onn yang sememangnya sudah sinonim dengan aktiviti menunggang ‘kuda besi’ itu. 

Menurut Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah Onn, 46, dia mula berkecimpung dalam dunia permotoran sejak muda lagi kerana minat yang sangat mendalam. 

“Saya mula masuk dalam dunia motor ini pada tahun 2011. Jadi, sudah lebih 13 tahun sudah saya main motor. 

“Saya main motor ini sebab memang dari dahulu minat motor terutama motor besar. “Sepanjang tempoh ini saya dapat berjumpa dengan ramai kawan baharu yang mempunyai minat yang sama,” katanya ketika ditemui Pancaindera baru baru ini. 

Tidak bergerak solo dalam menjalankan hobi yang diminati, Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) itu turut berkongsi pernah menyertai kelab motosikal berkuasa tinggi seperti Lady Bikers Malaysia (LBM). 

Jelas Linda, penglibatan dalam LBM memberikan pengalaman yang berharga buatnya sepanjang sambil menikmati hobinya itu. 

“Bersama LBM , kami pernah jelajah satu Malaysia selama seminggu hingga dua minggu. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penunggang motosikal wanita, kami juga membuat aktiviti amal. 

“Sepanjang jelajah itu, kami akan buat pelbagai aktiviti amal untuk menyumbang kepada komuniti seperti bantu golongan tidak bernasib baik dan banyak lagi. 

“Banyak pengalaman yang semua pernah lalui bersama mereka. Hujan, panas itu sudah menjadi perkara biasa kepada penunggang motosikal,” ujarnya. 

Bercerita mengenai komuniti dalam kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi, bagi Linda, komuniti wanita mempunyai tempat istimewa kepada dirinya. 

“Kebanyakan komuniti penunggang motor perempuan ini perangai memang sangat ‘gila’ bagi saya. Seronok sangat. 

“Bila saya sertai jelajah dengan campur-campur (jantina) saya rasa lain sikit. Mereka akan mengutamakan perempuan tetapi tidak sama seperti komuniti wanita yang dibawa oleh LBM,” kongsinya lagi. 

Dalam pada itu, walaupun sekarang sibuk menguruskan perniagaan, Linda tetap tidak melupakan hobinya itu. 

“Sekarang saya sedang fokus perniagaan nasi ayam dan kami akan membuka cawangan baharu. “Tetapi hobi menunggang motosikal tetap saya akan teruskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya