Lima termasuk budak rentung kebakaran tiga rumah

Lima termasuk budak rentung kebakaran tiga rumah

KEADAAN rumah yang musnah terbakar dalam kejadian meragut lima nyawa di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. – IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lima orang termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, semua mangsa yang berusia antara tiga tahun hingga 14 tahun dilaporkan terperangkap dalam rumah yang musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 12.47 tengah hari dan sepasukan 13 pegawai dan anggota bomba dari BBP Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan BBP Lintas turut dibantu 14 anggota dari BBP Kota Kinabalu serta enam anggota BBP Putatan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dilaporkan tiga rumah terlibat dalam kebakaran termasuk sebuah stor dan kedai runcit. Dua buah kenderaan turut terbakar sepenuhnya.

“Terdapat lima mangsa ditemukan rentung dan pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya