Lima maut kemalangan kereta-lori di Gua Musang

Lima maut kemalangan kereta-lori di Gua Musang

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lima maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing di sini, hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Myvi, Mohd. Junaizi Jusoh, 48, Shazwani Ismail, 39, Farhana Ismail, 35, dan Muhammad Fakrul Danish Mohd. Junaizi, 20, manakala pemandu lori jenis Nissan yang maut ialah G. Mageswara, 53.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.57 pagi.

Menurut beliau, seramai 18 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi didapati lima mangsa iaitu seorang lelaki India, masing-masing dua wanita dan lelaki Melayu maut di lokasi kejadian dan tersepit.

“Pada pukul 1.25 tengah hari kerja menyelamat mangsa tersepit telah dijalankan. Pada pukul 1.35 tengah hari pihak kami terpaksa mohon bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Nor Azizi berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 3.55 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya