Lelaki tidak sempat bertemu isteri, anak

Lelaki tidak sempat bertemu isteri, anak

Roslayti Sulaiman (kanan) bersama anaknya menunjukkan gambar suami yang maut dibaham harimau di Kampung Ngangoh, Kuala Krai, Kelantan semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lelaki yang maut diserang harimau dalam kejadian di rumah kongsi Bagan Balak, Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik semalam tidak sempat menunaikan hajatnya untuk membeli barangan keperluan untuk tiga anak yang masih bersekolah.

Isteri pertama mangsa, Roslayti Sulaiman, 51, berkata, suaminya, Adnan Ismail, 54, sudah berjanji untuk pulang menjenguk keluarganya di Kampung Ngangoh, di sini selepas menerima gaji sebagai pemandu jentera berat pada 10 Oktober lalu.

Menurutnya, arwah suaminya sepatutnya pulang semalam dan akan membawa tiga daripada 10 anak untuk membeli barangan keperluan mereka.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah suami pada malam sebelum dia diserang harimau. Saya tidak sempat bercakap panjang dengannya ketika itu kerana talian terputus-putus.

“Tetapi, dia ada memaklumkan untuk pulang ke Kuala Krai ini dan membeli barangan keperluan anak-anak selepas mendapat gaji pada 10 Oktober lalu.

“Selepas azan subuh pada pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu arwah yang memaklumkan bahawa suami maut diserang harimau,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Ngangoh, semalam.

Roslayti membeitahu, arwah suami sudah lima bulan bekerja di Gerik, Perak dan tinggal di rumah kongsi bersama isteri keduanya, Saina Binsa-i, 54.

Katanya, majikan kepada arwah ada memaklumkan bahawa suaminya tidak sabar untuk pulang ke Kuala Krai selepas melihat dia membaiki kereta dan menukar tayar kereta.

“Jenazah suami dijangka tiba selewat-lewatnya petang semalam selepas proses bedah siasat di Hospital Taiping, Perak. Arwah akan disemadi di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kenor, Mengkebang,” ujar­nya.

Sementara itu, ibu mertua mangsa, Fatimah Awang Kechik, 88, berkata, menantunya sangat baik dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya