Lelaki Thailand ditahan bersama 5kg ganja 

Lelaki Thailand ditahan bersama 5kg ganja 

KETULAN ganja mampat yang berjaya dirampas PGA selepas menahan sebuah van dipandu lelaki Thailand di hadapan sebuah stesen minyak di Salor, Kota Bharu, Kelantan semalam. - IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warganegara Thailand dan merampas 5 kilogram (kg) ketulan mampat ganja di hadapan sebuah stesen minyak di Salor, di sini semalam.

Suspek berusia 67 tahun itu ditahan pada pukul 1.40 petang selepas anggota PGA mengesan sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas van jenis Toyota Hiace bernombor plat Thailand pihaknya telah menjumpai lebih 5kg ketulan daun ganja mampat.

Menurutnya, PGA turut menjumpai dua unit telefon bimbit dan pas sempadan negara Thailand.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dadah dari terus berleluasa di dalam negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya