Lelaki tak hadir pertuduhan seksa kucing direman empat hari

Lelaki tak hadir pertuduhan seksa kucing direman empat hari

Seksa kucing
LELAKI warga Nepal direman selama empat hari selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana tidak hadir pertuduhan menyiksa seekor kucing, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nepal direman selama empat hari selepas Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 2 Oktober lalu akibat tidak hadir pertuduhan menyeksa seekor kucing pada 7 September lalu.

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman ke atas pengawal keselamata berusia 44 tahun itu selepas permohonan dibuat ke atasnya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Veterinar) di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin, hari ini.

Difahamkan, lelaki itu ditahan semalam sebelum di bawa ke mahkamah pada pagi tadi.

Terdahulu, rakannya yang merupakan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah mengheret seekor kucing di sekitar bandaraya ini bulan lalu, di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh, Monotosh, 41, membuat pengakuan demikian selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Monotosh bersama seorang lagi tertuduh dengan kejam mengikat seekor kucing dewasa dengan sebuah alat penjerut lalu mengheret haiwan malang itu sambil menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kesakitan.

Justeru mereka didapati melakukan kesalahan tersebut pada 7 September lalu antara pukul 2 hingga 2.15 petang dekat kawasan perumahan Long Branch Residence, di Seksyen 31, di sini.

Monotosh dituduh di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh juga dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya