Lelaki Pakistan mati ditikam kerana disyaki mencuri - polis

Lelaki Pakistan mati ditikam kerana disyaki mencuri – polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lelaki warga Pakistan yang mati ditikam dalam satu kejadian di Pulau Tikus, kelmarin dipercayai terlibat dengan satu kes kecurian sebelum itu.

Hal ini demikian kerana, mangsa dikatakan telah mencuri minuman beralkohol di premis tersebut sebelum dipukul oleh suspek.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake, terdahulu, tindakan mangsa yang dikatakan mencuri itu berjaya dikesan oleh pemilik premis berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, suspek utama yang ditangkap semalam secara kebetulan berada di kedai berkenaan dan cuba masuk campur sehingga terjadi pergelutan.

“Suspek berjaya mendapatkan senjata (pemutar skru) dari kedai sebelah dan bertindak menikam mangsa pada bahagian dada kanan sehingga parah.

“Mangsa kemudian segera dibawa oleh rakannya ke sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat di sini sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, ketika ini, polis telah berjaya mendapatkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek utama bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Terdahulu, lapan individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan sebelum suspek utama ditahan bersama dua lagi suspek lain termasuk seorang wanita semalam.

Turut ditahan ialah beberapa individu lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya