Lelaki Pakistan disyaki mencuri sebelum mati ditikam

Lelaki Pakistan disyaki mencuri sebelum mati ditikam

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lelaki warga Pakistan yang mati ditikam dalam satu kejadian di Pulau Tikus, kelmarin dipercayai terlibat dengan kes kecurian sebelum itu.

Mangsa dikatakan mencuri minuman beralkohol di premis tersebut sebelum dikesan pemiliknya dan berlaku pergelutan antara mereka.

Pemangku Ketua Polis Da­erah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, terdahulu, ketika kejadian, suspek utama yang ditangkap kebetulan berada di kedai itu dan cuba masuk campur sehingga terjadi pergelutan.

“Suspek mendapatkan pemutar skru dari kedai se­belah dan dipercayai bertindak menikam mangsa pada bahagian dada kanan sehingga parah sebelum dia dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau, polis mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek utama bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya