PETALING JAYA: Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan perkahwinan unik seorang lelaki muda dengan dua isterinya serentak.
Difahamkan majlis itu berlangsung di Sabah dengan lelaki tersebut naik pelamin sambil diapit oleh kedua-dua isterinya.
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok username9827273277337, jelas kelihatan ketiga-tiga mereka bersanding atas pelamin.
Malah, kedua-dua isterinya juga kelihatan tenang berkongsi suami sambil diraikan dalam sebuah majlis yang cukup meriah dengan beberapa persalinan berbeza.
Namun ada juga pandangan yang mengatakan Isteri pertama menjadi peneman kepada suaminya yang berkahwin seorang lagi
Meninjau di ruangan komen, ada individu yang mendakwa salah seorang wanita di dalam video tersebut merupakan ‘isteri pertama’ pengantin lelaki yang turut bersanding sekali lagi untuk meraikan madunya.
Walau bagaimanapun, perkara ini belum dapat pengesahan daripada mana-mana pihak dan tidak dapat dipastikan daerah sebenar ketika majlis itu berlangsung. – UTUSAN