Lelaki meninggal dunia sesak nafas ketika mendaki Bukit Kledang - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia sesak nafas ketika mendaki Bukit Kledang

PEGAWAI perubatan memeriksa lelaki yang mengalami sesak nafas dan disahkan meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berusia 71 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Kledang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 petang mengenai mangsa yang sebelum itu mengalami kepenatan dan sesak nafas ketika mendaki bukit berketinggian 800 meter dari aras laut itu.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh ke lokasi kejadian yang jaraknya enam kilometer dari balai tersebut.

“Maklumat yang diterima terdapat seorang lelaki berusia 71 tahun yang sedang melakukan aktiviti mendaki Bukit Kledang mengalami kepenatan dan sesak nafas.

“Mangsa kemudiannya dilaporkan pengsan berhampiran jalan menghala ke stesen pemancar di bukit tersebut.

“Anggota memberikan rawatan awal dan membuat CPR terhadap mangsa.

“Pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya