Lelaki maut dibaham harimau di Gerik - Utusan Malaysia

Lelaki maut dibaham harimau di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Mayat lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri warga Thailand.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian serangan harimau itu dipercayai berlaku antara pukul 5 ke 6 pagi tadi ketika mangsa sedang pergi ke tandas.

Katanya, isteri mangsa mendakwa telah terdengar bunyi ngauman harimau dan sebaik sahaja pintu rumah kongsi tersebut dibuka, dia melihat suaminya diseret haiwan liar itu ke arah semak.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bersia dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi kejadian

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan telah berjaya menemukan mangsa sekitar pukul 12 tengah hari dengan kecederaan parah pada bahagian kaki kiri dan leher.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu mendapati mangsa telah pun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya