Lelaki keluar memukat maut disambar buaya

Lelaki keluar memukat maut disambar buaya

MAYAT mangsa maut disambar buaya ditemukan di sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, Kunak, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK: Hasrat seorang lelaki keluar memukat bertukar menjadi tragedi apabila lelaki tersebut disambar buaya dan dilaporkan meninggal dunia di sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.18 pagi semalam, lelaki berusia 50 tahun berkenaan dilaporkan keluar untuk memukat sebelum dilaporkan hilang disambar buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, mayat lelaki itu ditemukan pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 9.41 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM Semporna untuk tindakan lanjut.

Katanya, BBP Kunak menerima panggilan kecemasan mengenai lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Ladang KLK Jatika pada pukul 11.18 pagi dan sepasukan empat pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 23 kilometer dari BBP.

Mayat mangsa ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan sejak pukul 7.10 pagi. Operasi SAR dilakukan di sepanjang sungai dengan kaedah mencari di permukaan air menggunakan bot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya