Lelaki ditahan kerana maki polis selepas disaman

Lelaki ditahan kerana maki polis selepas disaman

SEORANG lelaki ditahan di Taman Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang semalam selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki menerima padah apabila ditahan di sebuah rumah di Taman Paya Terubong, Air Itam di sini semalam selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 25 tahun itu direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan pihak polis.

Terdahulu katanya, polis terkesan dengan satu klip video berdurasi tiga minit 28 saat memaparkan seorang penunggang motosikal sedang memarahi seorang pegawai polis trafik dengan menggunakan kata kesat tular di aplikasi Whatsapp kira-kira pukul 7.50 petang, semalam.

“Lelaki itu dikatakan berbuat demikian selepas tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan saman oleh pegawai polis trafik tersebut,” katanya di sini.

Menurut Swee Sake, satu laporan polis kemudian telah dibuat oleh pegawai polis trafik berkenaan pada Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada Rabu lalu, kira-kira pukul 6.45 petang berhampiran Lebuhraya Thean Teik, Ayer Itam dan saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal tersebut atas kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan bersikap berhemah di atas jalan raya demi menjamin keselamatan semua,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya