Lelaki disyaki  ragut dua wanita ditahan

Lelaki disyaki  ragut dua wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis semalam menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam dua kes ragut  di sekitar Brickfields dekat sini pada 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan kejadian ragut berhampiran Petronas di Pekan Brickfields, 7 Oktober lalu, pada pukul 6.15 pagi.

Menurut beliau, pada hari yang sama, pihaknya turut menerima satu lagi laporan berkaitan kes ragut pada pukul 7.30 pagi di Jalan Limau Manis, Bangsar.

“Kejadian di Pekan Brickfields dipercayai berlaku apabila mangsa didatangi individu tidak dikenali menaiki motosikal sebelum meragut mangsa. 

“Akibat kejadian  itu mangsa mengalami kerugian wang tunai, kad bank, dan kunci rumah.

“Bagi kejadian di Jalan Limau Manis, seorang wanita warga emas berusia 78 tahun diragut sehingga mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, polis menahan lelaki tersebut di Ampang dekat sini semalam. 

Jelasnya, suspek  disyaki terlibat dengan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Akta sama.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 7 Oktober lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di kepala akibat disamun dalam kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, di sini.

Ku Mashariman berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.30 pagi namun tiada kerugian direkodkan kerana tiada barangan berharga dalam beg diragut suspek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya