Lelaki didakwa liwat, amang seksual empat remaja

Lelaki didakwa liwat, amang seksual empat remaja

HAIKAL Hazwan (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual membabitkan empat remaja lelaki.

Tertuduh, Haikal Hazwan Che Wan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur seorang remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik di Apartmen Permata di Bandar Perda, Bukit Mertajam pukul 3 petang pada bulan Mac, tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam pula, anak bongsu daripada tiga beradik itu didakwa menghisap kemaluan empat remaja lelaki berusia antara 14 dan 15 tahun termasuk mangsa bagi pertuduhan pertama.

Kesalahan itu dilakukan di bilik apartmen yang sama iaitu antara Mac 2023 hingga Mei tahun ini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksima 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Ruzaini Wan Abdul Razak bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan susulan kesalahan jenayah seksual itu membabitkan mangsa bawah umur.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan minima dengan alasan dia bekerja sebagai pekerja katering dan perlu menyara keluarga dengan pendapatan bulanan RM1,200.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan dekati atau ganggu mangsa termasuk saksi pendakwaan selain menetapkan 25 November depan bagi mendapatkan laporan perubatan dan kimia.

Dalam pada itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam atas pertuduhan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan beberapa keping gambar lucah dalam telefon bimbit jenis IPhone 11 Pro miliknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya