Lelaki dicekup bersama 1,207 biji pil yaba

Lelaki dicekup bersama 1,207 biji pil yaba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah dicekup bersama 1,207 biji pil yaba dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pohon Barat, Selising di sini semalam.

Penahanan suspek berusia 32 tahun pada pukul 3.30 petang itu turut membawa kepada rampasan lapan biji pil epam.

Ketua Polis Daerah Puteh, Superintendan Zaizul Zakaria berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM18,105.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai pengedar kecil dengan membekalkan dadah tersebut kepada penagih di kawasan sekitar.

“Saringan awal air kencing mendapati suspek positif jenis Methamphetamine.

“Rampasan itu hasil risikan dan intipan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh sejak seminggu lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, suspek akan ditahan reman mulai hari ini dan kes disiasat di mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya