Lelaki dicari PDRM ditahan ketika tidur hotel di Dannok, Thailand 

Lelaki dicari PDRM ditahan ketika tidur hotel di Dannok, Thailand 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki yang melarikan diri dan bersembunyi di Dannok, Thailand selepas terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Penahanan suspek berusia 32 tahun itu dilakukan hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand pada Isnin lalu selepas dia dikesan bersembunyi di sebuah hotel di Dannok.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas terlibat dalam siasatan bersabit Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang berlaku di Klang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat  diterima Unit Risikan Sempadan (URS) Zon Utara daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor suspek melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

Menurut beliau, hasil semakan dan risikan mendapati suspek masuk ke Thailand pada pukul 6.42 pagi 11 Oktober lalu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Suspek masuk dengan menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu bersama seorang lelaki dan wanita  sebelum  menginap di sebuah hotel di Dannok.

“Maklumat itu kemudian disalurkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menahan dan mengusir suspek keluar dari negara itu berdasarkan rekod orang dikehendaki ke atasnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razarudin berkata, hasil kerjasama URS Zon Utara dan pihak berkuasa Thailand, suspek ditahan di hadapan sebuah kedai di pekan Dannok pada pukul 6.30 petang.

“Suspek kemudian diusir keluar ke Malaysia  setelah selesai dokumentasi oleh pihak berkuasa Thailand.

“Pasukan Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam kemudian menahan dan menangkap suspek di pintu sempadan ICQS sebelum ditahan di balai sementara menunggu Pasukan JSJ IPK Selangor sampai untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya