Lelaki Bangladesh disyaki dibunuh, tiga rakan ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh disyaki dibunuh, tiga rakan ditahan

AZIZI Mat Aris menunjukkan barang rampasan kes kejadian jenayah yang berlaku di daerah Manjung semasa sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemui mati di Taman Legenda Fasa 3, Teluk Intan pagi tadi yang disyaki dibunuh, setelah gagal dikesan oleh rakan yang mahu mengajaknya bersembahyang.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerima laporan daripada orang awam pada pukul 5 pagi mengenai penemuan mayat berhampiran rumah kongsi sekumpulan pekerja asing.

Susulan daripada itu, polis menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan rakan mangsa dan mendiami kawasan rumah kongsi tersebut untuk membatu siasatan, selain merampas tiga telefon bimbit milik mereka.

“Tempat kejadian merupakan kawasan semak di belakang rumah kongsi tersebut. Si mati berada dalam keadaan terlentang berlumurahan darah pada leher dan badannya.

“Si mati juga dipercayai tiada di rumah kongsi yang dihuni bersama tiga orang lagi rakan pada pukul 8.30 malam tadi setelah selesai makan malam bersama dengan rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Tiga warga Bangladesh yang ditahan itu berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan termasuk mengenal pasti motif kematian rakan mereka berumur 27 tahun tersebut serta senjata digunakan.

Menurutnya,  terdapat lebih 30 pekerja yang menghuni kawasan tersebut namun pihak polis menahan tiga daripada mereka yang rapat dengan mangsa.

Mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dua suspek ditahan berhubung kes kehilangan buah sawit di Pantai Remis.

Katanya, pada 7 dan 8 Oktober polis berjaya menahan dua lelaki  dengan rampasan satu guni mengandungi tiga tandan buah sawit dan satu lesen perniagaan rem sawit.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek telah membuat jual beli buah sawit sebanyak 12 kali kepada pemilik rem sawit yang sama di kawasan berdekatan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya