Lega dapat kembali ke rumah setelah lima hari berada di PPS

Lega dapat kembali ke rumah setelah lima hari berada di PPS

Shamiezan Abd. Razak mendukung anaknya, Muhammad Azriq Afiq dan isterinya, Norashikin Othman memegang cucunya, Muhamad Ayden Aiys di rumahnya di Kampung Batu Hampar, Sanglang, di Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sepuluh ahli keluarga dari sebuah rumah yang berpindah ke Pusar Pemindahan Sementara (PPS) berikutan rumah mereka dilanda banjir di Kampung Batu Hampar, Sanglang, bersyukur dapat kembali ke rumah semalam.

Ketua keluarga, Shamiezan Abd. Razak, 37, berkata, arahan berpindah ke PPS di SK Seri Anom merupakan kali pertama sejak dia tinggal bersama keluarganya lima tahun yang lalu di sini.

Katanya, jika sebelum ini banjir hanya separas buku lali, namun hujan lebat menyebabkan air naik sehingga ke paras lutut menyebabkan dia terpaksa berpindah terlebih dahulu ke Balai Raya Kampung Parit Jawa, Sanglang pada sebelah petang.

“Kami semua dibenarkan masuk ke PPS di SK Seri Anom pukul 9 malam apabila Penghulu Mukim Ayer Baloi memaklumkan PPS telah dibuka bagi penempatan mangsa banjir.

“Selain anak-anak dan menantu, turut berpindah cucu saya yang berusia tiga minggu, Muhamad Ayden Aiys dan anak saya yang berumur 10 bulan, Muhammad Azriq Afiq,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Batu Hampar, Sanglang, semalam.

Sebelum ini Utusan Malaysia menyiarkan kisah bayi berusia tiga minggu, Muhamad Ayden Aiys Muhammad Hakimi yang terpaksa berada di PPS kerana rumah keluarganya dilanda banjir.

Penempatan mangsa banjir di PPS SK Seri Anom telah ditutup secara rasmi pada pukol 2 petang kelmarin setelah dibuka selama empat hari yang menjadi tempat perlindungan kepada 44 keluarga dan 147 mangsa.

Tambah Shahmiezan, dia dan isteri, Norashikin Othman, 35, sibuk membersihkan rumah serta membasuh pakaian terutama cucu dan dan anak-anak sendiri selepas pulang ke rumah semalam.

“Alhamdulillah, cuaca panas dan cerah pada memudahkan kami sekeluarga membersihkan rumah yang telah dilimpahan air dari tali air berhampiran,” ujar­nya yang bekerja kampung.

Shahmiezan dan keluarganya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan pemindahan keluarganya ke Balai Raya Kampung Parit Jawa dan seterusnya ke PPS SK Seri Anom.

Dia berkata, jarak lokasi dari rumahnya ke PPS Seri Anom kira-kira 8 kilometer dan keputusan berpindah pada sebelah petang telah memudahkan pergerakan ahli keluarganya yang ramai itu.

Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, Kaptenm (A) Muhammad Izzuddin Ali berkata, ketiga-tiga PPS termasuk di SK Seri Anom telah tutup petang semalam.

PPS di SK Parit Markom, Benut pula ditutup pada tengah hari kelmarin, manakala PPS di Komplek Muafakat Sungai Pinggan ditutup pada pukul 12.30 tengah hari 9 Oktober lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya