Lebuhraya WISE kurangkan 40 peratus kesesakan, siap 2028

Lebuhraya WISE kurangkan 40 peratus kesesakan, siap 2028

Projek Lebuhraya WISE yang menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka dapat mengurangkan hampir 40 peratus kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran Lebuhraya WISE menyediakan laluan alternatif kepada pengguna Terowong Menora.

Kata beliau, ini kerana laluan tersebut sering menghadapi kesesakan disebabkan bilangan kenderaan berat yang tinggi.

“Projek yang menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028.

“Jajaran Lebuhraya WISE menyediakan laluan alternatif kepada pengguna Terowong Menora yang sering menghadapi kesesakan disebabkan oleh bilangan kenderaan berat yang tinggi.

“Ini berdasarkan profil dan topografi berbukit di kawasan Gopeng ke Kuala Kangsar, Lebuhraya PLUS yang memperlahankan pergerakan kenderaan berat dan seterusnya memberikan kesan terhadap aliran trafik terutama di waktu puncak.

“Peralihan trafik dari Lebuhraya PLUS kepada WISE sebenarnya membantu menyuraikan kesesakan trafik di Lebuhraya PLUS dan juga memberikan alternatif kepada pengguna tanpa sebarang komitmen kewangan daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Konsesi Projek Lebuhraya WISE di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya