Lebih RM8 bilion selenggara jalan raya

Lebih RM8 bilion selenggara jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih RM8 bilion disalurkan untuk menyelenggara jalan bagi mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan infrastruktur itu yang tidak selamat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM2.8 billion disediakan untuk Jalan Persekutuan manakala RM5.5 bilion untuk jalan negeri.

“Bagi Jalan Persekutuan, sebanyak RM1 bilion dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan Felda, jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.

“Sejumlah RM450 juta dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini. Untuk jalan negeri, sebanyak RM5.5 bilion Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) disediakan,” katanya yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata, turut dilaksanakan adalah kerja pembersihan jalan meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan.

“Kerajaan sudah meluluskan perolehan sebuah jambatan Bailey kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana banjir.

“Sebanyak RM178 juta bagi memasang lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara, RM30 juta disediakan untuk terus memanfaat peranan Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.

“Malah kerajaan turut bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN