Lebih RM18 juta rugi ditipu sindiket kripto ‘Kakaue’

Lebih RM18 juta rugi ditipu sindiket kripto ‘Kakaue’

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 50 laporan polis  diterima di seluruh negara melibatkan nilai kerugian RM18.34 juta berkaitan  penipuan pelaburan ‘Kakaue’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan beberapa serbuan di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Johor bagi menangkap beberapa individu pada 7 hingga 11 Oktober lalu.

“Individu-individu tersebut  dikenal pasti sebagai pemilik akaun keldai yang digunakan oleh sindiket penipuan pelaburan.

“Hasil serbuan berjaya menahan enam individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia 19 hingga  41 tahun,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.

Menurut beliau, kesemua suspek berperanan sebagai pemilik syarikat keldai yang digunakan untuk menerima wang pelaburan daripada mangsa-mangsa yang menyertai skim pelaburan tersebut.

“Berdasarkan siasatan, sindiket itu mengiklankan tawaran pelaburan melalui Facebook dengan menggunakan nama syarikat Kakaue yang kononnya berperanan sebagai broker pelaburan kripto.

“Mangsa berminat akan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp dan diterangkan perihal pelaburan tersebut,” katanya.

Jelas Ramli, mangsa kemudian akan diminta untuk memuat turun aplikasi pelaburan Kakaue untuk mendaftar menjadi ahli, kemudian mereka perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan arahan bagi pembayaran wang pelaburan ke beberapa akaun syarikat.

“Melalui aplikasi yang dimuat turun, mangsa akan dapat melihat bahawa pelaburan mereka menjana keuntungan. Namun apabila ingin membuat pengeluaran, pihak syarikat akan memberikan pelbagai alasan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya