Lebih RM100,000 duit ASB, Tabung Haji lesap gara-gara takut ditangkap

Lebih RM100,000 duit ASB, Tabung Haji lesap gara-gara takut ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara terkejut mendengar dikenakan waran tangkap  seorang suri rumah kerugian sehingga RM104,000 duit simpanan ASB dan Tabung Haji.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa  berusia 54 tahun dan berasal dari  Raub itu mula menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis pada 15 September lalu.

Menurut beliau, pemanggil mendakwa suri rumah itu  terlibat dengan permohonan tuntutan insurans palsu, rasuah dan pengubahan wang haram dan dikenakan waran tangkap. 

“Terlalu takut dengan dakwaan itu mangsa mengikut arahan kedua-dua pemanggil itu dengan menukar kad bank baharu sebelum menyerahkan segala maklumat perbankan miliknya itu.

Katanya, mangsa juga  memindahkan wang simpanan dari akaun ASB dan Tabung Haji ke akaun simpanan seperti disuruh kedua-dua pemanggil berkenaan.

“Semalam,  mangsa  membuat semakan di bank dan mendapati wang dalam akaunnya lesap iaitu sebanyak RM103,517.59,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya