Lebih banyak pusat rawatan kanser, tingkat akses pencegahan

Lebih banyak pusat rawatan kanser, tingkat akses pencegahan, saringan

FADILLAH Yusoff pada majlis Perasmian Karnival Pink Oktober 2024 di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan untuk terus memperuntukkan sumber bagi meningkatkan penyelidikan, kemudahan rawatan serta program pencegahan kanser dalam usaha meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sedang berusaha memperluaskan rangkaian pusat kanser di Malaysia bagi membolehkan perkhidmatan itu dinikmati semua lapisan masyarakat.

“Terkini, kita bakal menubuhkan Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah bagi kemudahan rakyat di utara dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan pula bagi kemudahan rakyat di Sabah, Sarawak serta Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“Ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memastikan rawatan kanser berkualiti dan dapat diakses oleh rakyat di seluruh negara tanpa mengira lokasi geografi,” katanya pada majlis Perasmian Karnival Pink Oktober 2024 di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, hari ini.

Katanya, pertambahan pusat kesihatan itu tidak bermakna lebih banyak pesakit akan diberi rawatan sebaliknya sebagai langkah pencegahan awal menerusi saringan awal kanser sekali gus melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.

Fadillah berkata, beliau juga berbangga dengan IKN kerana pusat perubatan itu kini antara yang terbaik di rantau Asia.

“Berdasarkan Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia terkini, kanser payudara terus menjadi ancaman utama bagi golongan wanita di negara ini dengan statistik menunjukkan kekerapan tertinggi iaitu 38.9 bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017 hingga 2021.

“Secara amnya, Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam kes kanser yang dilaporkan antara 2017 hingga 2021. Justeru, amat penting untuk kita memperkukuh usaha bagi meningkatkan kesedaran, pencegahan, diagnosis awal dan mendapatkan rawatan berkualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya