PETALING JAYA :Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula.
Justeru, kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.
Dalam pada itu, peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang juga dinaikkan kepada RM209 juta ketimbang RM194 juta, sesuai dengan komitmen reformasi perundangan dan institusi.-UTUSAN