Lebih dua juta pengunjung ke Langkawi tahun ini

Lebih dua juta pengunjung ke Langkawi tahun ini

PELANCONG dari Poland tiba dengan menaiki pesawat sewa khas, Tol Polish Airlines ke LTAL di Padang Matsirat, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lebih dua juta pengunjung direkodkan memasuki Pulau Langkawi untuk pelbagai tujuan termasuk bercuti sepanjang tahun ini sehingga September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, jumlah itu dianggarkan kira-kira 75 peratus daripada sasaran tiga juta pengunjung bagi tahun ini.

“Secara keseluruhan pengunjung ke Pulau Langkawi setakat akhir bulan lalu adalah 2,105,461 orang dan kemasukan bagi September tahun ini juga meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya selepas Majlis Sambutan Penerbangan Sulung dari Poland ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan berkata, syarikat penerbangan Tol Polish Airlines akan terbang terus dari Warsaw sebanyak 22 kali sehingga Mac tahun depan.

“Kita mahu mempromosikan Malaysia kepada pasaran Eropah Timur melalui penerbangan sewa khas seperti ini.

“Dalam perbincangan dengan pihak ITAKA Poland, mereka juga akan melihat untuk mengembangkan pasaran selain dari Poland di negara-negara Eropah Timur yang lain,” ujarnya.

Jelasnya, ITAKA yang juga ejen pelancongan terkemuka di Poland akan menawarkan pakej pelancongan ke Langkawi kepada negara-negara lain seperti Republik Czech dan Slovakia.

Tambahnya, kebanyakan pelancong dari negara-negara itu akan tinggal di Malaysia selama seminggu atau lebih, sekali gus mereka akan melawat ke banyak tempat tarikan dalam negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya