Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan

Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan- KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini, sekali gus dilihat mencapai sasaran ditetapkan kementerian itu sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, permohonan kewarganegeraan itu banyak melibatkan kes seperti anak angkat, anak jagaan, anak tidak sah taraf serta naturalisasi.

“Saya letak penanda aras bahawa tahun ini menyasarkan keputusan permohonan kewarganegeraan sebanyak 17,000 dan hari ini kita sudah cecah 17,400, ini baru bulan Oktober.

“Saya ada dua bulan lagi, saya sudah capai sasaran 17,000 keputusan permohonan,” katanya pada Sesi Libat Urus dan Merarau Menteri Dalam Negeri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di sini tadi.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, daripada jumlah permohonan yang dibuat keputusan itu, lebih 80 peratus daripadanya melibatkan kes bawah Perkara 15(A) Perlembagaan.

“Selamat untuk saya katakan bahawa daripada 17,000 itu, 80 peratus daripadanya ialah 15(A) iaitu anak angkat, anak jagaan, anak tidak sah taraf serta naturalisasi.

“Itu adalah kategori yang mewakili 80 peratus daripada 17,000 permohonan,” katanya.

Pada masa sama, ujarnya, semua permohonan di bawah Perkara 15(2) iaitu anak lahir luar negeri daripada ibu warganegara dan permohonan lama sudah sudah selesai dibuat keputusan.

“Saya sebut buat keputusan, saya tidak kata luluskan sebab kalau anak duduk luar negeri, duduk di Amerika Syarikat, duduk di Dallas, satu momen pun tidak pijak kaki di sini, tapi angkat permohonan, yang itu bukan pertimbangan kita untuk beri kelulusan.

“Dia kena ada tunjuk kesediaan untuk berada di sini sebagai contoh supaya biar warganegara itu adalah satu yang bernilai bila kita pegang,” tegasnya.

Sebelum ini, KDN menyasarkan untuk menyelesaikan dan membuat keputusan 17,000 permohonan kewarganegaraan pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya