Lebih 1,000 solat jenazah Imam Masjid As-Siddiq Seri Iskandar - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 solat jenazah Imam Masjid As-Siddiq Seri Iskandar

JEMAAH yang menghadiri solat jenazah Allahyarham Nurul Kamal Zulkarnain di Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar dekat Parit hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Lebih 1,000 orang menunaikan solat jenazah Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar,  Allahyarham Nurul Kamal Zulkarnain, 37, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 212.8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, dekat Lumut semalam.

Solat diadakan di masjid Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar.

Solat jenazah dipimpin Ustaz Hamdi Rahman Mohd Yaacob disertai ahli kariah, pelajar tahfiz, ahli keluarga dan kenalan Allahyarham.

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Seri Iskandar di sini pada pukul 2.30 petang

Pengerusi Masjid As-Siddiq, Azmi Murad Mohamad Yusof berkata, kehadiran 1,000 jemaah yang bersama-sama menunaikan solat jenazah hari ini umpama solat Jumaat.

“Kehilangan Allahyarham Imam Nurul Kamal sangat berat bagi jawatankuasa masjid kerana jasa beliau terlalu besar.

“Beliau merupakan imam utama masjid ini dan Allahyarham merupakan individu yang pertama mengadakan kuliah Subuh dan Maghrib di sini,” katanya.

Menurut Azmi, Allahyarham yang merupakan seorang hafiz al-Quran sangat menghidupkan suasana masjid As Siddiq dengan mengajak golongan belia turut serta dalam aktiviti masjid.

“Buat masa ini, kita akan minta imam kedua untuk menggantikan Allahyarham.

“Tetapi untuk kerja-kerja pejabat masih tiada pengganti kerana kebanyakannya jawatankuasa masjid ada kerja lain cuma Allahyarham sahaja yang berkhidmat sepenuh masa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya