Lebih 1,000 penduduk Orang Asli Pos Gob terputus hubungan 

Lebih 1,000 penduduk Orang Asli Pos Gob terputus hubungan 

PENDUDUK Orang Asli terpaksa bergotong-royong mengangkat motosikal selepas beberapa tanah runtuh berlaku di beberapa laluan masuk ke penempatan di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 1,000 penduduk di Pos Gob di sini terputus hubungan susulan tanah runtuh dan sebuah jambatan yang menjadi nadi laluan utama rosak akibat hujan lebat melanda kawasan tersebut semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, beliau menerima aduan daripada  penduduk Orang Asli mengenai perkara itu melalui aplikasi WhatsApp pagi tadi.

“Saya turut dimaklumkan paras air Sungai Puian juga semakin meningkat sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergotong-royong mengangkat motosikal untuk merentasi sungai itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azmawi Fikri memberitahu, beliau menasihatkan semua penduduk di Pos Gob supaya sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan diri dan keluarga agar tidak melalui laluan yang berisiko tanah runtuh.

Katanya, beliau berharap pihak kontraktor dapat membantu untuk tindakan membersihkan jalan tersebut bagi membolehkan penduduk melaluinya buat sementara waktu.

“Saya sendiri akan berbincang dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk memberikan bantuan awal kepada penduduk sebelum musim tengkujuh pada bulan depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya