Lawatan mengejut KPN di IPD Seremban

Lawatan mengejut KPN di IPD Seremban

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini sekali lagi turun padang melakukan tinjauan bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan.

Kali ini, Razarudin mengadakan lawatan mengejut ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Menerusi tinjauan itu, beliau berkesempatan meninjau fasiliti warga pasukan dan kemudahan untuk orang awam berurusan semasa di IPD berkenaan di samping menyantuni warga yang bertugas.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring.

Razarudin kemudian dilihat memeriksa log tugasan, selain memberikan nasihat serta teguran kepada pegawai dan anggota yang bertugas.

Ia termasuk mengingatkan mereka untuk menjaga kerja yang diamanahkan selain keluarga tercinta.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya