Lari-lintang pukang, lori bawa 18,7000 peket minyak masak seludup terbabas

Lari-lintang pukang, lori bawa 18,7000 peket minyak masak seludup terbabas

MINYAK masak peket yang dirampas oleh PGA dan KPDN Kelantan selepas sebuah lori ditemukan terbabas di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sekumpulan penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan 18,700 peket minyak masak subsidi selepas lori yang sarat membawa barangan kawalan itu terbabas di kawasan pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini hari ini.

Rampasan bernilai RM46,750 dilakukan selepas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjumpai lori jenis Nissan semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 4 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus tiba di lokasi itu anggota bertugas mendapati sebuah lori sudah terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu. 

“Pemeriksaan mendapati, ratusan kotak mengandungi sebanyak 18,700 peket minyak masak tanpa dokumen yang sah berada di dalam lori tersebut.

“Siasatan mendapati, kesemua bahan mentah yang bernilai RM46,750 itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kejayaan itu hasil maklumat risikan yang diterima PGA berkaitan dengan kegiatan penyeludupan minyak masak di kawasan tersebut.

Katanya, lori dan kesemua minyak masak itu kemudian dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok dekat sini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya