Laporan guru penjawat awam ramai MC tuduhan tidak bertanggungjawab

Laporan guru penjawat awam ramai MC tuduhan tidak bertanggungjawab

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan media yang mengaitkan guru merupakan penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) satu dakwaan tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion perguruan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu itu tidak sepatutnya berbangkit memandangkan tatatekolala penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat. 

Katanya, kementerian mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam dengan pemantauan dilaksanakan secara berterusan di setiap peringkat dan mereka terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Kementerian Pendidikan mengambil serius satu laporan media baru-baru ini yang mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil MC.

“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan. Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 orang guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan sijil cuti. 

Laporan sama turut mendakwa ada juga guru yang dikesan sengaja memohon cuti kecemasan (EL) untuk kepenti­ngan peribadi. 

Mengulas lanjut, Fadhlina isu ini tidak sepatutnya berbangkit dan tatatekolala penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat. 

Katanya, Kerajaan Madani menghargai peranan penting guru membangunkan negara apabila sebagai penghargaan kepada sumbangan guru apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada bulan Ogos lalu. 

“Kementerian Pendidikan juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru.

“Malah pihak kementerian tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya