Laporan autopsi dedah Liam Payne alami pendarahan dalaman - Utusan Malaysia

Laporan autopsi dedah Liam Payne alami pendarahan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan awal autopsi mendedahkan bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne meninggal dunia akibat kecederaan dan pendarahan dalaman selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa menyatakan tiada tanda-tanda pergelutan atau penglibatan pihak ketiga dan Payne mungkin berada dalam keadaan tidak sedar semasa insiden tersebut.

Tanbah kenyataan itu, sebelum kematian, Payne dilaporkan menghadapi masalah penyalahgunaan dadah serta krisis peribadi dan profesional, termasuk digugurkan oleh syarikat rakaman.

Berita kematian Payne mengejutkan ramai, dengan ribuan peminat serta rakan artis memberikan penghormatan melalui media sosial.

Ahli-ahli bekas kumpulannya turut berkongsi kesedihan mereka, mengenang Payne sebagai rakan dan artis yang berbakat besar.

Di Buenos Aires, para peminat telah berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Payne dengan menyalakan lilin dan menyanyikan lagu-lagu One Direction.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya