Lapan negeri diramal ribut petir, hujan lebat

Lapan negeri diramal ribut petir, hujan lebat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi beberapa kawasan hari ini.

Amaran tersebut meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Di Perak, kawasan terlibat adalah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Negeri Sembilan, Port Dickson.

Selain itu, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan serta Sibu, Mukah Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak juga dijangka terkesan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai khususnya di kawasan terlibat agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca buruk tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN