Langgar lari: Pemandu kereta putih diburu polis

Langgar lari: Pemandu kereta putih diburu polis

TANGKAP layar satu rakaman video yang tular menunjukkan sebuah kereta berwarna putih menghimpit sebuah motosikal (dalam bulatan merah) sehingga terjatuh di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah hospital swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Polis kini sedang memburu seorang pemandu kereta berwarna putih yang disyaki terlibat dalam satu kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan itu berlaku tidak jauh dari kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah hospital swasta di Bayan Baru, di sini.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya terkesan dengan satu rakaman video tular berdurasi 53 saat mengenai insiden tersebut yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun X kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Menurut Kamarul Rizal, laporan polis mengenai kejadian itu bagaimanapun telah dibuat oleh mangsa yang juga seorang wanita berusia 24 tahun kira-kira pukul 2.23 pagi selepas kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian muka, gigi, belakang badan dan bahu selepas dilanggar oleh kereta tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam hal ini, polis turut meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Rohayu Mohamad Rodzi di talian 019-3441817,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya