PETALING JAYA: Walaupun kontroversi perceraian selebriti Fattah Amin dan Fazura masih hangat diperkatakan, pasangan itu bakal menerbitkan lagu terbaharu pada Khamis.
Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ yang dihasilkan oleh komposer Ippo Hafiz itu bakal diterbitkan secara rasmi oleh syarikat rakaman asal Indonesia, Hits Records.
“Bertahan Demi Cinta oleh Fazura dan Fattah Amin akan segera terbit 10 Oktober ini,” tulis mereka di Instagram.
Hantaran tersebut mencuri tumpuan ramai walaupun difahamkan proses rakaman telah lama dilakukan.
“Mungkin tidak patut terbitkan,” tulis satu peminat.
“Kenapa bila artis buat lagi bersama tak bertahan lama? Jangan buatlah,” kata peminat yang lain.
“Kahwin ada lagu, cerai juga ada lagu,” tulis satu komen.
Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.