Kutipan subsidi pendidikan kumpulan pendapatan tinggi boleh guna tambah prasarana pendidikan

Kutipan subsidi pendidikan kumpulan pendapatan tinggi boleh guna tambah prasarana pendidikan

ANWAR Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk manfaat semua pelajar.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, subsidi bagi seorang murid SBP mencecah RM15,000 setahun. 

Namun katanya, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi.

“Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuran pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah RM3,000 ringgit ketimbang kos keseluruhan pengajian berjumlah RM30,000. 

“Subsidi ini diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga,” katanya yang juga Perdana Menteri.

Menurut Anwar, penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan awam.

“Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada 22 perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan. Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN