Kutipan hasil kerajaan meningkat tahun lalu

Kutipan hasil kerajaan meningkat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM314.959 bilion kutipan hasil dicatatkan pada 2023, meningkat RM20.602 bilion atau tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2023 yang dibentang di Parlimen hari ini, kutipan tersebut merangkumi hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan.

Katanya, kutipan hasil cukai menjadi penyumbang utama iaitu 72.8 peratus daripada keseluruhan hasil tahun lalu.

“Analisis audit mendapati trend kutipan hasil meningkat pada sukuan keempat disebabkan pindahan premium bersih Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia dibuat berjumlah RM7.500 bilion serta terimaan hasil dan faedah pelaburan berjumlah RM3.121 bilion diterima pada suku terbabit,” katanya.

Berdasarkan LKAN, hasil cukai 2023 adalah sebanyak RM229.185 bilion, meningkat RM20.420 bilion atau 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Cukai Langsung menyumbang sejumlah RM171.336 bilion, meningkat 11.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM153.476 bilion.

Komponen utama Cukai Langsung adalah Cukai Pendapatan berjumlah RM159.745 bilion. Prestasi kutipan Cukai Pendapatan pada 2023 adalah lebih baik dengan peningkatan RM16.468 bilion (11.5 peratus) berbanding 2022 yang berjumlah RM143.277 bilion.

Kutipan Cukai Pendapatan Syarikat adalah penyumbang utama kepada kutipan Cukai Pendapatan dan merekodkan peningkatan sejumlah RM9.609 bilion (11.7 peratus) kepada RM91.742 bilion berbanding 2022 yang berjumlah RM82.133 bilion.

Prestasi kutipan Cukai Pendapatan Syarikat yang lebih baik dipengaruhi oleh pertumbuhan berterusan ekonomi negara dan kenaan Cukai Makmur secara sekali beri (one-off) ke atas syarikat dengan pendapatan bercukai melebihi RM100 juta bagi tahun taksiran 2022.

Kutipan Cukai Makmur berjumlah RM3.453 bilion meliputi kutipan Januari 2023 berjumlah RM2.190 bilion untuk bayaran ansuran bulan ke-12 tahun taksiran 2022 dan Ogos 2023 semasa pengemukaan Borang Cukai berjumlah RM1.263 bilion.

Cukai Tidak Langsung pula menyumbang RM57.849 bilion, meningkat 4.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM 55.289 bilion.

Komponen utama Cukai Tidak Langsung adalah Cukai Jualan berjumlah RM18.373 bilion. Prestasi kutipan Cukai Jualan pada 2023 adalah lebih baik dengan peningkatan sejumlah RM2.117 bilion (13 peratus) berbanding 2022 yang berjumlah RM16.256 bilion.

Cukai Jualan adalah cukai yang dikenakan kepada barang-barang perkilangan dalam negeri yang berjumlah RM7.693 bilion dan barangan yang diimport yang berjumlah RM10.680 bilion.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya