Kurikulum persekolahan baharu dimulakan 2026

Kurikulum persekolahan baharu dimulakan 2026

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek menjawab soalan wartawan ketika sesi sidang akhbar bersempena program Tekad Reformasi Pendidikan yang diadakan di Dewan Sri Cempaka, Suajana Impian Kajang, di sini, hari ini. UTUSAN/ILHAM ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kerajaan melaksanakan kurikulum persekolahan yang baharu lebih awal iaitu pada tahun depan sebagai tekad mereformasikan pendidikan bagi menangani masalah berkaitan sistem tersebut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kurikulum baharu tersebut dimulakan lebih awal berbanding 2027 bagi mengatasi rintangan-rintangan yang wujud di dalam sistem pendidikan negara.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang mempersiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu bagi menggantikan pelan lama yang akan berakhir tahun hadapan.

Jelasnya, era pasca normal memerlukan navigasi atau dipandu arah dengan tepat bagi mengatasi keadaan huru-hara yang sangat kompleks dan sukar untuk dikawal terutama berkaitan pendidikan.

“Melihat kepada keberkesanan kendala-kendala ini, kita siapkan juga enam teras atau enam reformasi pendidikan bagi menampung dan menambah baik apa-apa yang kita tertinggal dalam proses menuju kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu,” katanya.

Fadhlina berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Program Tekad Reformasi Pendidikan yang berlangsung di Dewan Sri Cempaka, Saujana Impian, di sini.

Turut hadir sama di dalam program tersebut adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas mengenai enam reformasi pendidikan itu, Fadhlina berkata, ia termasuk berkaitan dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan digital.

“Saya percaya ketiga-tiga reformasi pendidikan ini bukan hanya untuk ketika ini, kita sedang mempersiapkan sebuah negara (dan) generasi Madani yang akan memimpin negara kerana itu, tumpuan-tumpuan kita adalah untuk kemahiran (serta) kepakaran negara di masa hadapan.

“Tidak ada negara Madani yang tertegak tanpa menumpukan kepada aspek keilmuan dan kesungguhan para pendidiknya untuk memastikan generasi ini benar-benar membina negara sebagai sebuah negara, bangsa yang benar-benar kukuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya