KPT terima peruntukan RM18 bilion 

KPT terima peruntukan RM18 bilion 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (kpt) menerima peruntukan sebanyak RM18 bilion ketimbang RM16.3 bilion tahun ini bagi kemudahan melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan keseluruhan RM4 bilion disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan.

“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)  turut komited memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus biasiswa dikhususkan untuk pelajar daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah.

“Ini ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri.

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah RM500 juta khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang  Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  di institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN