KPM laksana intervensi galak pelajar dekati STEM

KPM laksana intervensi galak pelajar dekati STEM

FADHLINA Sidek (duduk, tengah) ketika hadir pada 'Forum Jaringan Industri: Ke Arah Kemampanan TVET KPM' di Auditorium, Kolej ViTrox, Batu Kawan, Pulau Pinang. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melakukan intervensi di semua peringkat dalam usaha menggalakkan penglibatan anak-anak dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, intervensi itu dilaksanakan di bawah agenda reformasi pendidikan dengan memberi tumpuan kepada beberapa segmen yang terpilih bagi memastikan tahap peningkatan penguasaan itu berlaku dengan lebih baik.

“Dalam konteks STEM itu juga, anak-anak kita mesti dibantu oleh kaunselor-kaunselor terlatih untuk memastikan bahawa mereka mendapat sokongan sepenuhnya ketika memilih jurusan berkaitan STEM,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi moderator ‘Forum Jaringan Industri: Ke Arah Kemampanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) KPM’ di Auditorium, Kolej ViTrox di sini, hari ini.

Forum yang disertai oleh pelajar, guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari beberapa sekolah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain itu diadakan bertujuan membincangkan potensi pelajar dalam bidang TVET di bawah KPM melalui jaringan dan kerjasama dengan pihak industri.

Terdahulu, Fadhlina memaklumkan, hanya 52 peratus pelajar di Pulau Pinang memilih bidang STEM ketika ini walaupun negeri itu dikenali sebagai hab untuk industri berteknologi tinggi dan mempunyai ekosistem yang kukuh untuk membangunkan bakat STEM.

Peratusan itu bagaimanapun agak jauh daripada ketetapan KPM yang menetapkan sasaran untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar sains berbanding sastera atau sains sosial pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, Fadhlina memberitahu, KPM juga dalam proses untuk memperluaskan rakan sinergi mereka khususnya dalam bidang industri berkaitan TVET.

“Perluasan yang disebut sebagai ‘evolving’ itu berkembang pesat (selari) dengan teknologi-teknologi dan kepakaran-kepakaran tertentu.

“Jadi, barangkali ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai di peringkat KPM. Yang itu harus kita ambil perhatian. Sebab itu juga, perluasan rakan-rakan sinergi ini kita laksanakan supaya memberikan pengalaman ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ kepada guru-guru kita,” ujar beliau. – UTUSAN

 

habis

 

caption:

FADHLINA Sidek (tengah) ketika menjadi moderator ‘Forum Jaringan Industri: Ke Arah Kemampanan TVET KPM’ di Auditorium, Kolej ViTrox, Batu Kawan, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya