KPKM kemuka 32 cadangan Belanjawan 2025

KPKM kemuka 32 cadangan Belanjawan 2025

MOHAMAD Sabu ketika hadir majlis perhimpunan bulanan KPKM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 cadangan dan inisiatif dikemukakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan bagi Belanjawan 2025.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua cadangan itu penting bagi memperkukuhkan pengurusan rantaian agro makanan negara sekali gus menjamin bekalan yang lebih tersusun dan berstruktur.

“Isu geopolitik dalam pertanian sering kali berkait rapat dengan kedaulatan negara, di mana kawalan terhadap sumber makanan dianggap lebih kritikal daripada aspek keselamatan fizikal.

“Dalam hal ini, KPKM menggalas tugas yang sangat besar bagi memastikan kecukupan dan keterjaminan makanan dalam negara tanpa perlu bergantung kepada sumber luar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPKM di sini, hari ini.

Katanya, ketegangan geopolitik dan perubahan iklim memberi impak kepada perubahan dasar negara pengeluar dan kenaikan harga barang dunia.

Mohamad berkata, situasi itu boleh memberi kesan rantaian kepada ekonomi domestik bagi Malaysia yang bergantung kepada import bekalan makanan.

“Oleh itu, kedaulatan makanan dilihat lebih penting daripada sekadar keselamatan kerana ia menyentuh kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan jangka panjang negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya