KPDN perluas program `Kita Gempur’ banteras penyelewengan barang kawalan

KPDN perluas program `Kita Gempur’ banteras penyelewengan barang kawalan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memperluaskan program Kita Gempur bagi membanteras penyelewengan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi serta mengatasi manipulasi dalam aktiviti perniagaan seperti penipuan dalam talian dan pakatan kartel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, usaha itu membabitkan komitmen daripada semua pemegang Lesen Bagi Barang Kawalan Berjadual (CSA) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk semua syarikat transporter yang dilantik sebagai pelaksana Program Pengedaran Barang Perlu.

Katanya, penglibatan syarikat-syarikat transporter dalam gerakan massa ini penting untuk memastikan pergerakan bekalan barang kawalan dan bersubsidi daripada point of source (POS) pemborong atau syarikat ke point of sale (POS).

“Inisiatif ini dapat mengurangkan ketirisan barang-barang kawalan bersubsidi seterusnya memastikan dana awam yang disalurkan melalui subsidi kerajaan akan sampai kepada golongan sasaran. 

“Syarikat-syarikat transporter ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mengangkut tujuh barangan kawalan dan barangan kawalan bersubsidi iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel.

“Sehubungan itu, pihak kementerian menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat melibatkan sebarang bentuk aktiviti penyelewengan dan penyeludupan agar aktiviti yang merugikan rakyat dan negara ini dapat dibanteras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan gerak kerja dengan melibatkan kebersamaan pelbagai pemegang taruh dalam menjayakan Kita Gempur yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober lalu.

Usaha itu diteruskan di Tawau, Sabah dengan membabitkan rakan strategik kementerian yang terdiri daripada transporter Program Pengedaran Barang Perlu, Syarikat Pembungkus Minyak Masak di bawah Program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS), pemborong dan peruncit utama, serta pengusaha stesen minyak.

Pada hari ini, seramai 99 wakil rakan strategik sekitar daerah Tawau telah memberikan komitmen terdiri daripada 30 transporter, 29 pengusaha stesen minyak, tujuh syarikat pembungkus minyak masak, 12 wakil pengguna setempat dan 21 pemborong dan peruncit utama di daerah Tawau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya